Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.
Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.
“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.
“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.
Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan.
Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.
"Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.
“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.
“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.akhirnya tupai jatuh ke tanah jua
Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.
“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk
bermuka buruk.
“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak
nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.
Cicak terus mencanak.
Batang pinang dipanjat tak kira orang.
Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat.
Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri.
Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.
Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.
Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia
Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.
“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang
yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]




aida! found ur blog!
ReplyDeletenice post n good tazkirah. ;)
keep it up!
hehe,da jmpe eyh? nice job :p
ReplyDeletethnx for the kate2 smgt!