Thursday, September 17, 2009

berlalu sudah..

Assalamualaikum w.b.t,

Wahai orang2 yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sepertimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. 2:183

Kita sudah pun berada di penghujung ramadhan pada tahun ini. rasa sedih dan sebak bercampur baur meninggalkan Bulan penuh barakah dan kemuliaan ini, namun bersyukur kerana dapat memilikinya sekali lagi, pada tahun ini..Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi sebab masih memberi diri ini peluang merasai ramadhan pada tahun ini, rasa syukur itu sukar digambarkan sebab setelah peristiwa ngeri yang berlalu dalam hidup ini tak lama dulu yang mungkin menyebabkanku tak dapat menjalani ibadah ramadhan tahun ni. Namun, kesempatan yang telah diberikan allah untuk aku ini, berjayakah aku melaluinya? Tepuk dada Tanya iman.

Ramadhan itu bulan tarbiyah ibarat sebuah madrasah, mengasuh diri agar menjadi orang yang bertaqwa setelah tamat madrasah. Input-input ramadhan penuh dalam schedule kebanyakan orang; menahan lapar dari pagi hingga terbenam matahari, tilawah quran, bertarawih, sedekah etc2..tapi hasilnya, berjayakah kita menjadi orang yang benar-benar bertaqwa setelah mengaplikasikan input2 itu? Ataupun semua di atas dilakukan semata-mata kerana orang lain pon buat, x pown sebab dah adat cam tue,atok nenek mak cik pakcik sume pun buat, jadi kene laa follow? Point to ponder ,,think back deeply.

Output puasa adalah product yang bertaqwa pada khaliknya. Puasa itu bukan sekadar mengajar dan melatih nafsu-nafsu liar kita menahan lapar, dahaga serta syahwat, tapi objektif utama puasa adalah melahirkan insan-insan yang bertaqwa. Patuh dan akur akan suruhan Allah. Puasa membuktikan ketaan kita padaNYA. Semoga kita tergolong dalam ciri2 insan yang bertaqwa.


Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa berada di dalam taman2 syurga dan mata air.
Mereka mengambil apa yang diberi Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik.
Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.
Dan pada akhir malam mereka memohon ampunan kepada Allah.
Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.
Dan di Bumi terdapat tanda2 kebesaran Allah bagi orang2 yang yakin.
Dan juga pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?
(51:5-21)



Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. 39:5

lihatlah pada alam, renunglah dan ambillah iktibar daripadanya.sedangkan planet yang tidak berakal itu TAAT dan PATUH pada perintah Allah mengelilingi orbit masing2 tanpa perlanggaran...inikan pula manusia,,renunglah juga pada penciptaan manusia itu sendiri, semuanya tersingkap keagungan dan kekuasaan Allah, sesungguhnya DIAlah MAHA BIJAKSANA lagi MAHA MENGETAHUI.

No comments:

Post a Comment