hidup jauh berbatu nautika dari zon keselesaan di malaysia terutama dirumah, banyak mengajar aku erti kehidupan yang sewajarnya bagi setiap insan yang bergelar hamba. Lantaran seorang hamba memang perlu bergantung pada tuannya,setiap masa,setiap ketika,, kerna tanpa tuan yang membeli kehidupan si hamba tadi, tiada erti kehidupan baginya, terbiar tidak dihiraukan, terkontang kanting kusut dalam kejahilan diri.
kita,hamba yang MAHA ESA tidak lain dan tidak bukan, perlu menyerahkan seluruh jiwa raga padaNYA dan tiada pelindung terhebat melainkan DIA yang menguruskan alam ini, al-MALIK. jika dikatakan JADI, maka JADILAH..tiada siapa dapat menahan kekuasaannya, berhala2 atau idola yang dipuja-puja tidak dapat berbuat apa2.
ya maulana,pelindungku..tidak ada tempat untukku
sandarkan segala pengharapan melainkan pada ENGKAU semata-mata.
Jarak mengajarku sesuatu, mengajarku agar tidak terlalu bergantung pada makhluk (cikgu,sahabat etc..) atau benda lain.Kekadang kita ini perlu tabah dan jangan terlalu memanjakan diri, masalah yang hadir dalam hidup,ada hikmah atas kejadiannya..Dimana-mana tempat pun, setiap orang mempunyai masalah dan keserabutan tersendiri.
terutamanya;-maklum sangatlah, sama-sama student, tak terlepas dari memikul pelbagai tanggungjawab. Terkadang tak siapa mampu melayan,mendengar aduan dan rintihan hati sebab semua orang mempunyai masalah tersendiri. jika disimpan dan diperam dalam hati, pasti tak tertanggung deritanya..solution yang paling berkesan, pabila kita mengadu pada ALLAH, tuhan yang mengatur urusan alam ini.
di saat dan ketika tiada siapa mahu mendengar hati berbicara, ingatlah bahawa, Allah itu dekat, DIA mengabulkan doa hamba-hamba yang berdoa padaNYA. sang MAHA MENDENGAR, tempat kuadukan suka-duka di saat tak siapa mampu mendengar dan membantuku.selangkah aku kearahNYA, beribu langkah ALLAH menyambutku. semat didalam benak pikiran bahawa hidup dan mati serta ketentuan segala-galanya hak mutlak ALLAH s.w.t. tiada perlindung selain dariNYA. maka, jangan dicari pelindung selain dariNYA, dan ingatlah ALLAH baik dikala kita senang mahupun susah.
Misal bandingan orang-orang yang menjadikan
benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.
29:41

slm
ReplyDeletemenarik kn al-Quran ni, ada sahaja yang berkaitan dengan hidup kita. pernah baca tentang lebah? sangat baik dijadikan sebagai contoh sbg seorang Muslim :)