hiding away from the probs, is not the solution
Kehidupan tak pernah lekang dari pelbagai masalah.
Tak guna lari atau menyorokkan diri daripada masalah itu,
Nak tak nak kehidupan perlu diteruskan dan
Tak guna lari atau menyorokkan diri daripada masalah itu,
Nak tak nak kehidupan perlu diteruskan dan
masalah terus-menerus akan mewarnai kehidupan kita.
Setiap masalah ada jalan penyelesaian,
ikhtiar itu ada seribu macam...
Tapi ramai orang lebih gemar memilih untuk memberi sejuta macam alasan
Setiap masalah ada jalan penyelesaian,
ikhtiar itu ada seribu macam...
Tapi ramai orang lebih gemar memilih untuk memberi sejuta macam alasan
untuk mengelak masalah itu.
Acute disease can develop into chronic form of disease if you delays the treatment.
Chronic form of disease samalah macam duri di dalam daging, symptoms jangka masa pendek mungkin tak kelihatan, tapi akibatnya sangat parah setelah menjangkaui satu tempoh masa yang agak lama dan mungkin tiada jalan keluar untuk merawatnya.
Samalah macam masalah,
kalau dikumpul banyak2 boleh mendorong kepada tekanan jiwa dan emosi
meng'suppress' dan membantutkan pertumbuhan yang sihat,
Dan mulalah kita mencari jalan mudah/ubat (not the one prescribed by the doctor)
Dan mulalah kita mencari jalan mudah/ubat (not the one prescribed by the doctor)
seperti merokok, clubbing, karoeke, couple, mencuri, menipu, minum arak bahkan bunuh diri juga salah satu options untuk keluar dari masalah dengan mudah dengan harapan mententeramkan jiwa yang hiba dan bergelora
Tapi kita lupa, akan akibat dan kesan daripada keseronokkan sementara itu,
yang pada akal manusia yang terhad ini berfikir,,
mungkin sudah memadai untuk merawat masalah yang dihadapi
Namun kita alpa dan jahil mengenai hakikat bahawa akan timbul masalah yang lebih besar kesan daripada tindakan terburu-buru mengikut hawa nafsu itu.
Jiwa dan ruh dalam jasad kita tidak akan pernah kenyang dengan santapan angan-angan yang direka oleh dunia, bagaikan ketagih pada nikotin yang sukar untuk dihilangkan walaupun bahaya nikotin itu terang-benderang diberitahu dengan harapan mampu menjadi iktibar .
samalah juga kalau masukkan angin dalam mulut, pasti tak akan kenyang.
Dan kekayaan, jawatan, keturunan yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti? (28:60)
Jiwa dan ruh itu dariNYA dan
hanya kembali kepadaNYA satu-satunya jalan menenangkan ia
Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNYA. ( 89:27-28)
Orang-orang yang beriman
dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya mengingati Allah hati menjadi tenteram. (13:28)
Kita pada hari ini, gemar memilih jalan mudah tanpa mahu berusaha lebih atau bersusah-payah Tapi kita mahu ganjaran dan pulangan hebat yang jauh sekali tidak setimpal dengan harga syurga yang sangat mahal.
Apa sangat yang telah kita sumbangkan untuk mendapatkan syurga idaman, sekiranya hanya pandai cakap namun usaha ‘ilek’ nothing! omong kosong saja..
Dan sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu
sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad di antara kamu, dan akan kami uji perihal kamu (47:31)
Ternyata, bahawa masalah dan manusia itu sinonim laksana isi dan kuku,
tak dapat dipisahkan
Tiada kehidupan tanpa masalah dan hanya sesiapa yang benar-benar mahu hidup**
Akan menyelesaikan masalah mengikut panduan dari illahi
Jangan takut pada masalah, yakinlah ada jalan keluar disebaliknya
sesungguhnya Allah bersama kita, la tahzan!
Tiada kehidupan tanpa masalah dan hanya sesiapa yang benar-benar mahu hidup**
Akan menyelesaikan masalah mengikut panduan dari illahi
Jangan takut pada masalah, yakinlah ada jalan keluar disebaliknya
sesungguhnya Allah bersama kita, la tahzan!
Demi jiwa serta penyempurnaan ciptaanNYA,
maka DIA mengilhamkan kepadanya kejahatan dan ketaqwaannya,
sungguh beruntung orang
yang menyucikan jiwa itu..(91:7-9)
** yang benar-benar mahu hidup = negeri akhirat,kehidupan yang kekal abadi..
kehidupan dunia hanya persinggahan dan akan tamat bila ajal menjemput kita untuk ke dunia yg satu lagi..penentuan bahagia/sengsara di akhirat dinilai dengan kehidupan kita didunia..
No comments:
Post a Comment