Jalan ini penuh onak dan duri,
Ditempuh bukan mudah,
Berkat sabar dan istiqamah
Jaminan kejayaan harungi ranjau kehidupan,
Jangan dicerca wujudnya duri bila diri x bisa menumpulkan ketajamannya,
Hidup perlu strategi berhadapan duri,
Jangan mencari duri sekiranya mampu menepis kehadirannya,
Hidup perlu strategi berhadapan duri,
Jangan mencari duri sekiranya mampu menepis kehadirannya,
Jika kau tersadung; luka dan berdarah,
Parut dan lebam,
Parut dan lebam,
Itulah teman setia menemanimu,
Sebagai peringatan agar waspada selalu,
Jadi iktibar dan pedoman di hari mendatang.
Jalan berduri ini panjang,
Untuk menuju bunga idaman.
Sebagai peringatan agar waspada selalu,
Jadi iktibar dan pedoman di hari mendatang.
Jalan berduri ini panjang,
Untuk menuju bunga idaman.
Mungkin tak tersampai hayat dikandung badan,
Untuk menghirup madu di hujung perjuangan.
Namun yakinlah bahawa harumannya pasti kau perolehi
Jika hanya,
Jalan kau pilih itu jalan menujuNYA
Jalan berduri.
Syurga allah itu mahal,
Jalan menuju kesitu juga bukanlah ditaburi kelopak mawar mewangi,
Sebaliknya,
duri-durilah setia menghiasi,
Tertusuk utuh sepanjang dahan
Manifestasi mahal dan berharganya bunga
Idaman setiap perindu syurga.
Tertusuk utuh sepanjang dahan
Manifestasi mahal dan berharganya bunga
Idaman setiap perindu syurga.
wah hebatnya!
ReplyDeletealhamdulillah,masyaAllah
=D