Assalamualaikum..
Kuasa cinta itu sangat luar biasa. Ia mampu merubah sesuatu menjadi sesuatu yang diluar jangkaan. Masakan batu boleh menjadi lembut bila dibelai air sungai , inikan pula manusia, lembut tak sekeras batu, tentu sekali sangat mudah berubah dan termanipulasi dengan kuasa luar biasa ini-CINTA.
Oleh sebab itu, apabila kita mahu seseorang itu berubah, maka ubahlah dia kerana cinta kamu kepada dia kerana Allah semata-mata. Disitulah kemanisan iman akan diperolehi, insyaallah. Cinta dan sayang - sehingga kamu tidak mahu dia bersama-sama golongan yang durhaka kepada Allah dicampak ke dalam neraka membakar. Cinta dan sayang - sehingga kamu tidak mahu dia terus berada dalam kehinaan masyarakat, arus teknologi yang mengalpakan, bergelumang dengan kemaksiatan, dilalaikan oleh nafsu-nafsu meliar dan tidak mahu dia tertipu dek hiasan dunia yang sangatlah sementara ini.
Campakkanlah pelampung cinta kamu kepada mereka agar mereka tidak terus lemas di dalam dosa-dosa sendiri. Renangilah arus bersama mereka untuk menyelamatkan mereka dengan rasa cinta membara darimu. Bawalah mereka ke tebing cinta Allah agar selamat hidup di dunia dan akhirat.
Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, baginda sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang beriman 9:128
Cinta itu boleh merubah seseorang, ia perlu lahir dari hati yang ikhlas mencintai semata-mata kerana Allah. Dasar dan prinsip cinta yang abadi hanya jika ianya kerana Allah semata-mata. Dek kerana cinta, para syuhada yang terkoban jiwa mereka fi sabilillah, takkan mampu menggadaikan nyawa menegakkan Islam,sekiranya tiada cinta kepada allah di lubuk hatinya. Sesungguhnya nyawa dan harta yang kita miliki itu milik allah, dan kita hanyalah peminjam sementara sehingga sampai tenggang waktu, kita perlu serahkan kembali kepada tuan empunya.
Barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikan berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia. 57:11
Dek kerana percaya dengan yakin akan cinta allah kepada hamba-hambanya, masakan Abu Bakar sanggup menginfakkan KESELURUHAN hartanya fi sabilillah, dan yang tinggal untuk keluarganya hanya Allah dan RasulNYA. Cinta allah itu benar dan tulus.
“Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah mencukupkan keperluannya.” 65:3
Allah Maha Penyayang dan Dialah Maha pencinta yang agung, Dia telah menetapkan sifat kasih sayang pada diriNYA dalam 99 asma’NYA yang mulia. Perbaikilah cinta kita pada Allah, cintalah Allah sepenuh jiwa dan raga, cintalah Allah kerana cintamu pasti berbalas, cintalah Allah kerana itulah cinta yang abadi kekal membawa ke syurga. Jadilah pecinta allah yang setia kerana hanya dengan cinta itu kamu dapat
mencintai sesama insan di jalan yang benar (sirotal mustaqim).
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami datang kepadamu, maka katakanlah, “Salamun alaikum”. Tuhanmu telah menetapkan sifat kasih sayang pada diriNYA, iaitu barang siapa berbuat kejahatan di antara kamu kerana kebodohan, kemudian dia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka Dia Maha Pengampun, Maha penyayang. 6:54
Sebarkanlah cinta itu sesama insan, saling mencintai untuk mengejar redha illahi. Cintailah ibu bapamu, keluargamu, sahabat dan teman-temanmu sepertimana kamu mahu mereka sama-sama mencintai Allah sepenuh hati, jiwa dan raga.
Maka, untuk merubah seseorang, cintailah dirinya, jangan meletakkan rasa benci terus pada orang itu, tetapi bencilah dosa dan perbuatan jahil mereka itu. Cintailah mereka, agar mereka tidak tergolong dalam golongan pelaku-pelaku dosa. Nasihatlah atas nama cinta, tegurlah atas nama cinta dan pukullah jika perlu, atas nama cinta kita kepada mereka kerana Allah dan RasulNYA.
Serulah manusia kepada jalan tuhanmu
dengan hikmah dan pengajaran yang baik,
dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya tuhanmu, dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNYA dan dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk 16:125
Fenomena cinta sesama manusia di luar batasan syariah islam sungguh berleluasa, kerana manusia telah lupa untuk mencintai Allah dan tidak sedar allah mencintai mereka, sehinggakan mereka sanggup melakukan perbuatan hina, dan diluar tabiie semata-mata untuk meraih cinta manusia….
Fenomena cinta sesama manusia di luar batasan syariah islam sungguh berleluasa, kerana manusia telah lupa untuk mencintai Allah dan tidak sedar allah mencintai mereka, sehinggakan mereka sanggup melakukan perbuatan hina, dan diluar tabiie semata-mata untuk meraih cinta manusia….
p/s: bercakap atas dasar cinta,
semoga orang-orang yang dicintai
mencintai allah dengan tulus ikhlas
nice input =)
ReplyDeletetenkiu cika ;)
ReplyDelete