catatan dari Besancon
Sesungguhnya allah membeli dari orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…9:111
Mendengar pengalaman suka duka teman-teman seperjuangan yang kebanyakannya pada tahun ini memilih untuk bercuti di bumi para anbiya membuatkan diri ini teringin sangat untuk menjejakkan kaki ke sana jugak, mungkin itu destinasi seterusnya lain kali jika ada rezeki dan jikalau masih dikurniakan hayat untuk dikandung jasad yang hina dina ini, insyaallah.
Mungkin apa yang bakal ditulis dalam post ini tak berapa advanture atau tak brape best kalau dicompare dengan pengalaman orang lain, namun bagiku, apa yang berlaku yang telah allah tetapkan untukku, itulah adalah yang terbaik dan yang paling mampu untuk aku tempuhi. Mungkin benar, bahawa ruh dan aura menziarahi negara bukan islam tak sama seperti menjejakkan kaki di bumi bekas para anbiya, para sahabat dan wali-wali allah, namun yang paling utama di sisi allah adalah niat berpergian itu; jika diikhlaskan semata-mata mencari redha illahi , untuk mengambil ibrah dari umat terdahulu insyaallah diberi ganjaran pahala oleh allah,moga-moga bertambah taqwa kita padaNYA, dan bukanlah berpergian sekadar menghabiskan duit serta tenaga pergi jauh-jauh hanya untuk bergambar bersama bangunan-bangunan usang, menambah maksiat mata atau berjalan kosong tanpa peningkatan iman, rugilah orang yang sedemikian.
Perjalanan dari Paris ke Besancon menaiki keretapi dihiasi pemandangan alam buana ciptaanNYA yang memukau dan menakjubkan, justeru mendamaikan kalbu sesiapa yang memandang dengan mata hati; jauh dari lubuk kota yang membingitkan mata, memekakkan rongga udara dan menyesakkan telinga menyaksikan kerenah manusia yang pelbagai di kota cinta – PARIS.
dr kiri : k.baya,thirah,anati,k.wadah,yaqin,k.gmex,k.jenab,me
Ditemani ukti Anati yang sudi mempermudahkan perjalanan kami ke Besancon memandangkan dia lebih arif tentang selok-belok subway di Paris. Terharu dengan kesanggupan Anati, k.Hanna, k.Anis, k.Ama (dan ramai lagii…) yang sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga yang sangat banyak semata-mata untuk menunaikan hak kami sebagai tetamu yang singgah di bumi France untuk jaulah syitawiyyah 10’. Layanan ikhlas dan terbaik dari sisters France keseluruhannya sudah cukup membuatkan aku sangat2 menghargai jaulah kali ini walaupun ujian yang allah berikan tak pernah lekang melanda kami semua.
Hanya mukmin terpilih yang berjaya melalui proses penapisan dengan ihkhlas sahaja dapat menikmati kelazatan nikmat dan ujian yang tertimpa ke atas diri dariNYA.
Mulanya kami diuji dengan dakian anak tangga 9 tingkat bersama-sama bagasi gergasi dan segala macam benda lain, yang berat lagi sukar untuk sampai ke singgahsana sister France yang diberi nama Hujurat. Nak dijadikan cerita, apartment setinggi 9 tingkat itu bukannya tiada lift, tapi kebetulan allah nak mantapkan kami pada ketika itu dengan muwasoffat ke-6 ‘qawiyyul jismi’ (tubuh badan yang kuat). Memandangkan memang lama benar tak exercise sejak start berhibernasi di bilik pada musim peperiksaan yang lalu, maka allah memberi kami ruang untuk beriadah sepuas-puasnya di jaulah kali ini.Dakian yang memenatkan itu terbalas dengan kehangatan sambutan penuh mesra dari sister france. Rumah yang disangka kecil pada mulanya jika dilihat luarannya, rupa-rupanya sangat besar dan selesa dengan architecture yang moden, simple dan sangat selesa untuk didiami.
Aktiviti riadah kami tak berhenti disitu, situasi ke-2 berlaku pada keesokan harinya. Langit yang cerah jangan disangka tiada awan sarat membawa snow akan menyusul, begitu juga jangan ingat bahawa panas akan sampai ke petang kerana akan turun snow yang lebat di tengah hari. Begitulah kuasa alam yang diciptakan al-Khalik, unpredictable and unexpected.
Jika allah berkehendakkan ‘Jadi’, maka ‘Jadilah!’
.
Selepas kami siap membeli makanan 3 troli untuk program yang bakal berlangsung 4 hari, kami pun bersiap untuk menunggu bas untuk ke hotel terletak tak jauh dari rumah Hujurat. Program berlangsung di Islamic centre Besancon yang terletak berhampiran dengan tempat penginapan di hotel yang disediakan.
Sungguh, allah benar-benar akan menguji hambanya untuk melihat samaada mereka benar-benar beriman atau tidak kepadaNYA.
.
Oleh kerana awan yang turun membawa salji terlalu lebat, jalan raya yang diliputi salji menyebabkan pengangkutan awam (bas, teksi etc..) tergendala dan terbehenti untuk hari itu. Sungguh kami tak sangka akan terjadinya perkara berkenaan. Buntu seketika waktu memikirkan bagaimana cara terbaik untuk membawa kami, 19 orang bersama-sama menuju ke tempat program. Sekadar pemberitahuan, satu trip yang bertolak awal pagi hari yang sama, telah berjaya ke hotel tanpa sebarang masalah menaiki bas ketika jalan belum lagi beralaskan salji tebal.
Allah ar-rahman, ar-rahim, Alhamdulillah syukur kehadratNYA yang mengutuskan kepada kami seorang pensyarah Malaysian yang sedang menyambung phD dalam bidang linguistik ; beliau mempunyai jawapan pada kebuntuan kami sebentar tadi, En. Azam (name en. tu kalau xsilap). Menurut en. Azam, beliau dan keluarga sering ke tempat berkenaan berjalan kaki, dan lagi menurutnya, perjalanan hanya memakan masa 20 minit jika tiada aral melintang.
rehat sekejap sementara menunggu orang laen yang tertinggal di belakang
Namun, kelihatan aral melintang-lintang di hadapan kami menyulitkan pergerakan kerana pelbagai faktor; beg berat yang sukar untuk ditarik di atas salji tebal serta angin malam yang sejuk membeku menggigilkan otot-otot yang menarik beg. Setelah hampir 1jam lebih menolak, menarik dan mengangkut beg meredah laluan pintas ke hotel, akhirnya sampai juga kami dengan selamatnya, walaupun ada beberapa roda bagasi yang terkorban dalam perjalanan ekstrem itu.
Hari-hari berikutnya; program berlangsung tanpa sebarang masalah, Alhamdulillah. Pengisian yang teramat bermakna dari akh. Ammar, k.Anfal, k.Aisya dll. ; mudah-mudahan cukup sedikit sebanyak menampung bekal untuk menyambung nadi dakwah di Rusia dan memperjuangkan al-Haq di bumi Allah.
Segelintir dari kita mungkin gemar mengejar matlamat menjejaki seluruh ceruk dan pelosok bumi , melewati ‘syurga dunia konon-kononnya’, berbangga-bangga antara teman atau sekadar berjalan tanpa tujuan selain daripada melihat dan bergambar dengan bangunan usang yang diagung-agungkan manusia lebih dari Allah-- pencipta dan pemberi ilham kepada manusia membina bangunan-bangunan itu.
Perlu dipahat di dalam dada, dipaku didalam kepala, bahawa tiada yang lebih hakiki melainkan akhirat yang kekal abadi. Dunia bak fatamorgana, dikejar-kejar dengan menyangka itulah tujuan kehidupan namun hakikatnya, dunia hanyalah bayangan dan fantasi hamba nafsu yang mengaburi mata manusia. Kumpullah bekal sebanyak mungkin sebagai pelampung di hari dimana kita semua akan diadili dan amal masing-masing akan dihisab atas neraca al-mizan. Jika berat timbangan sebelah kanan, maka berbahagialah di dalam syurga.
dihadapan hostel setentang dengan rumah Hujurat
-
Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di Bumi, lalu memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka?
Orang-orang itu lebih hebat kekuatannya dan lebih banyak peninggalan tamadun di Bumi,
Tetapi Allah mengazab mereka kerana dosa-dosanya. Dan tiada sesuatu pun yang melindungi mereka dari azab Allah. (40:21)
p/s: byk lagi nak crite pasal jalan2 kali ni,
nantikan i.allah post seterusnya,mari kembara bersama saye :p hehe...
.
.
Jazakillah ukhti.catatan perjalanan ni best.oh ya, kalau dtg Qalam bw gambar2 dan video tuh ye. i need it asap.huhu.kalau tak nnt akak datang hostel amek.love u fillah!
ReplyDeletetc:)
salam ukhti,
ReplyDelete~(29:2)~
bestkan bile Allah hantar ujian2 tu, sbab insyaAllah antunna la org2 mukmin. dan lg manis bile kte sabar dgn ujian2 Allah.... Die kan nak uji sejauh mane cinta kte...;)(^_^)V
rindu fillah.
salam syg.
moge jumpe lg.inshaAllah..
ayuh kte sambung kerja!!!
**from k.wadah,,
ReplyDelete(ade mslh teknikal tyme nk post comment ni as k.wdh,jadi saye pon tuka kpd id saye) :p hehe..
salam dinamoku,
alhamdulillah3x,
Allah yg memilih kita utk ke besancon,
terlalu byk kenangan manis tanpa pahit dlm perjalanan,
kerana tarbiyyah menjadiakn ia manis kan?
anggapkan itu semua sbgai persedian dr Allah utk menjadikn aida lebih kuat memikul tggjwb berat tahun depan & tahun2 seterusnya,
doa supaya ALlah memelihara hati2 kita di jalanNya=)
syg aida fillah...
jazakillah utk entry yg chomell ni=)
suke sgt=)=)