Friday, January 15, 2010

allah -- tuhanku,tuhanmu

Assalamualaikum,
Hari ni best sebab tak macam hari-hari lain, (dapat berborak ngan mak :D gumbira rasa dalam hati hehe ). Tetibe cam terpanggil untuk menulis satu entry (setelah mak tanye, xde entry baru ke?? ). Baiklah, arini nak mengketengahkan pendapat amaturku tentang satu isu hangat yang sedang melata diperkatakan di Malaysia -- Kristian mahu menggunakan ‘Allah’ sebagai ganti nama tuhan mereka instead of calling their god ‘God/Lord’.

Ramai pihak sedang bertelagah tentang isu ini, samaada wajarkah atau rasionalkah membenarkan orang kafir menggunakan Allah sebagai ganti nama tuhan mereka.??
Apa yang dikhuatiri oleh ramai pihak sekiranya mahkamah membenarkan perkara itu berlaku adalah; Kristian dengan sewenang-wenangnya mempersendakan dan menyalahgunakan penggunaan nama tuhan baru mereka (Allah) untuk kepentingan mereka.

Jika kita bukak mata dan melihat sendiri, banyak fenomena dimana ramai pengikut so-called-Christian-atheist, gemar berbuat demikian (mempersenda nama tuhan dan memberi tuhan sifat yang tak sepatutnya) eg. Apa yang mereka selalu kata : ‘god is dead’ . Tentu sekali fenomena ini akan lebih sensitive pada umat islam yang berperasaan, sekiranya apa yang mereka katakan adalah : ‘Allah is dead’.

Sehinggakan fahaman ‘god is dead’ itu dijadikan muzik video (
http://www.youtube.com/watch?v=raerE_zUfCA) sebagai halwa telinga dan pujaan (menghafal lirik lagu sesat) yang boleh merosakkan akidah umat islam.

tali barut syaitan menyanyi lagu ini:-

Title: Vader - Halleluyah!!! (God Is Dead) lyrics

Passing the empty house
I see the thing upon the Wall
Wooden sticks crossed together
And kneeling man talking to the effigy of steel...
God is Dead!!! Dead!!! Halleluyah!!!
Smell of burnt bodies
Slaughtered virgin lies dead without the face
Men staring at the skies
Singing lines and eating sand of waste...
God is Dead!!! Dead!!! Halleluyah!!!
Wandering the globe around
I saw no miracles nor wonders
Humanity so poisoned by their myths
Why none can see my wings?!
God is Dead!!! Dead!!! Halleluyah!!!


Jika kita lihat disini, ramai diantara pengikut mereka (anak-anak muda khasnya) pada umumnya tidak menghormati tuhan, malah akan bertambah kuatlah sorakan mereka sekiranya perkataan ‘god/lord’ ditukar kepada ‘Allah’.

harapkan pagar, pagar makan padi


Bukan ingin menuduh sebarangan pada satu pihak sahaja, malah tidak dinafikan anak-anak muda yang islam pada nama/sijil kelahiran/kad pengenalan itu sendiri turut berperangai sedemikian—menghampakan dan kesal!

(harapkan pagar, tapi pagar yang diharap dapat memberi pertahanan itu jatuh menghempap dan ‘memakan’ tanaman)





Jika dikaji secara dasar dan menurut logik akal yang sihat, agama mana yang akan membenarkan pengikutnya mengutuk tuhan sendiri.??

Jika ada agama sedemikian, maka tuhan disisi mereka adalah diri mereka sendiri, ‘manusia’ , kerana bagi mereka = god is dead. Antara sebab lain adalah, kerana pengikut agama tidak mengamalkan apa agama mereka anjurkan.

Pokoknya disini,, ramai manusia sudah tidak mengamalkan agama dan tidak mempercayai wujudnya tuhan. Ini berlaku akibat terkena tempias atheism walaupun mereka melabelkan diri mereka sebagai Kristian/Islam/Buddhist/Hindu di dalam kad pengenalan, biografi atau religious status mereka di facebook .

Manusia berperangai dan berperilaku seolah-olah tuhan itu tidak wujud kerana semua perkara yang mereka lakukan eg. homoseksual/gay/rogol/zina/menonton majalah@cerita lucah/bercumbu-cumbuan adalah semuanya bertentangan dengan AGAMA, baik disisi ISLAM (itu sudah tentu!) mahupun kristian.

pabila darjat nafsu diangkat setaraf dengan tuhan

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang
serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab di dalam Neraka.19:59

Tuhan manusia zaman sekarang adalah hawa nafsu yang ada didalam diri mereka. Kesal disini kerana Allah telah memberi amaran terlalu banyak tentang nafsu yang ada didalam diri manusia itu. Sepatutnya manusia itu kuat untuk mengepalai dan mengcontrol nafsu-nafsu itu, tapi TERNYATA manusia itu sangat lemah, mampu tertunduk bila dipelawa dan disajikan yang enak-enak untuk memuaskan tuhan mereka- hawa nafsu. Lebih sadis bila mana membongkar hakikat dan percentage anak-anak muda sekarang, ramai telah dan sedang mengangkat darjat nafsu dalam diri mereka menggantikan tempat tuhan.



Islam sendiri menyuruh penganutnya agar menghormati agama lain, dengan hujah dalam surah al-kafiroon;

Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. 109:6


Islam menegah dan menentang keras umatnya mengambil tindakan memusnahkan rumah ibadat agama lain. Inilah ajaran dan garis atur yang dijelaskan dalam Islam ketika berperang. Islam itu suci dan menghormati agama lain, tetapi umatnya yang jahil dan bertindak mengikut hawa nafsu inilah yang telah memalitkan lumpur-lumpur hitam pada nama agama yang suci ini kerana label yang mereka gunakan pada diri mereka-- muslim. Mungkin juga bukan orang islam yang bertindak membakar gereja-gereja itu, tetapi golongan yang ingin mengambil kesempatan dari isu ini untuk melagakan kedua-dua pihak yang bertelagah dan mendapat untung di sebalik kejadian, Allahu a’lam. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terjadi.


janganlah kita menjadi kotoran yang terpalit mencemarkan kesucian Islam


Maka, disini dapat disimpulkan bahawa jika anak-anak diberi asuhan dan didikan agama yang mantap dari ibu bapa di rumah, pasti akidah yang tertanam dalam diri setiap anak-anak itulah yang menjadi kayu ukur dan benteng utama dalam hidup mereka. Dan anak-anak ini tidak akan mudah goyah dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan agama lain yang ingin menggunakan nama ‘Allah’ sebagai umpan untuk tujuan dakwah mereka. Ikan-ikan yang terlepas dari kawanan sahaja yang akan memakan umpan-umpan yang disuap para pengikut-pengikut syaitan dan taghut. Maka pantaulah rakan-rakan,anak-anak dan keluarga kita agar sentiasa dalam kawanan sespesies.


Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang ; sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar faedahnya dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. 29:45


kawan-kawan ikan :)



2 comments:

  1. aid, part yg urup kecik tu ssh nak bace la~ huhu

    ReplyDelete
  2. salam dik
    rajin menulis exam2 nih? bagus2.. masih xlupa t'jawab pada pembaca.
    hihi...rindu antunna di sana~~~

    ReplyDelete