Thursday, January 7, 2010

teguhkan pendirianmu


Tegakkanlah Islam dalam dirimu terlebih dahulu, nescaya akan tertegak Islam di muka bumi ini. Islam hanya tertegak atas dasar usaha. Maka seluruh umat Islam perlu berusaha secara istiqamah untuk menyiapkan diri menjadi individu muslim sejati yang mempraktikkan Islam dalam segenap aspek kehidupannya.



Wahai orang2 beriman, bersiap-sedialah dan berjaga-jagalah (sebelum menghadapi musuh), kemudian majulah ke medan pertempuran secara berkelompok atau majulah bersama-sama (4:71)


Perubahan bermula dengan diri sendiri. pelbagai aspek perlu diketengahkan dalam membentuk individu muslim yang unggul. Aspek tersebut merangkum kemantapan ilmu pengetahuan, kekuatan fizikal dan tentu sekali kunci utama kekuatan umat Islam adalah pegangan akidah yang jitu.


Allah telah memberitahu kita bagaimana untuk memperoleh kekuatan rohani iaitu dengan menghidupkan malam dengan solat tahajjud. Kita berjaya bangun dari tidur lantas berjaya meloloskan diri dari terus baring atas tilam dan bantal yang empuk dikala ramai orang tertewas diulit mimpi indah mainan tidur oleh si syaitan. Kita dikatakan kuat kerana kita berjaya melawan dan menundukkan nafsu tidur malah mampu menewaskan pujuk-rayu syaitan yang mendodoi tidur agar lebih lena.


Kita lakukan itu semua semata-mata untuk tunjuk sujud bertemu menghadap Allah, berbicara denganNYA mengadu keluh-kesah dan memohon agar diberikan ketenangan didalam jiwa yang sentiasa berkocak. Suasana hening malam, ketika cengkerik menyanyi bersahut-sahutan ditemani alunan ayat suci al-Quran, mempunyai kuasa luar biasa yang bisa mententeramkan jiwa yang lara, yang gundah-gulana dan tubuh yang letih lesu bekerja di siang hari. Itu semua sumber kekuatan yang Allah tiupkan dalam jiwa orang-orang yang menghidupkan malam-malamnya dengan ikhlas semata-mata untuk mengingati Allah.




Wahai orang yang berselimut! Bangunlah pada malam hari...Sungguh bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa dan bacaan Quran di waktu itu lebih membekas ke dalam hati. (73:1-6)



Allah memerintah manusia agar menyiapkan diri dan berjaga-jaga selalu. Individu muslim yang unggul, bukan sahaja perlu menyiapkan diri dengan ilmu, kekuatan rohani dan fizikal sahaja, bahkan perlu menjaga soal MASA. Menjaga masa adalah dengan menepatinya (punctual), tidak menangguh-nangguh sesuatu pekerjaan dan menggunakan masa secara maksimum iaitu dengan melakukan pelbagai pekerjaan bermanfaat dalam satu-satu masa jika mampu berbuat demikian. (multitask).


Individu muslim yang berjaya adalah mereka yang bijak menguruskan masanya. Malahan Allah ada bersumpah DEMI MASA dalam surah al-asr, kerana masa sangat signifikan dalam kehidupan manusia. Terlambat sesaat boleh mengubah segala-galanya termasuklah dalam soal hidup atau mati seseorang. Doktor yang tidak berdisiplin terhadap masa, mampu membunuh nyawa pesakit ditangan mereka kerana mereka lambat memberikan rawatan sepatutnya dalam masa yang ditetapkan.





...kemudian majulah ke medan pertempuran secara berkelompok atau majulah bersama-sama (4:71)


Seterusnya, Allah menyuruh agar individu muslim yang telah menyediakan diri mereka agar MAJU kehadapan mengatur langkah dan strategi. Tiada guna ilmu didada jikalau hanya sekadar duduk goyang kaki dirumah, stagnant! Samalah ibarat belon yang ditiupkan angin kedalamnya, kembung dan buncit lalu bila tiba masanya, pecah berkecai tiada guna lagi. Atau ibarat kolam yang statik akhirnya berlumut dan busuk kerana air bertakung didalamnya.


Perumpamaan ini samalah seperti iman kita, jika tidak ditarbiyyah (didikan) dan tidak dipraktis bergerak untuk mengajak manusia kepada ISLAM, maka akhirnya akan padamlah sinaran iman yang menggelapkan lubuk hati seorang insan. Allah tahu hakikat insan itu sangat lemah jika dia berseorangan, maka solusi yang Allah berikan pada kita adalah agar kita MAJU secara BERKELOMPOK dan BERSAMA-SAMA dalam menegakkan al-haq dimuka bumi Allah.


Kebersamaan itu perlu dirasai dalam diri setiap kita kerana setiap muslim itu bersaudara dan islam itu bersifat sejagat bukan hanya terbatas dek batasan-batasan geografi yang dicipta barat semasa zaman penjajahan dahulu kala. Adakah pemikiran kita sudah bebas secara total dari jajahan barat? Fikirkanlah sendiri, kerana hanya diri sendiri yang tahu jawapannya.


Muslim hanya bersatu jika matlamat mereka jua satu, iaitu mengecapi uztaszyatul alam (tangga ke-7 maratib amal)- manjadikan seluruh muka bumi ini Islam. Sejarah telah membuktikan ianya bukanah sesuatu yang mustahil.



Maratib amal kita :- IM -> BM -> MM -> KM -> NM -> EM -> UA
.:. Individu muslim, Baitul muslim, masyarat, kerajaan, negara, empayar dan ustazyatul alam (world order.)





1 comment:

  1. nice one ukhti:)
    sempat g tulis exam2 nih..hehe

    maan najah fil imtihan
    terus kuat ye sayang
    jangan sedih2,jangan melatah...
    daei tu kan jiwanya tegar:) eewaahh..hehe

    ReplyDelete