Wednesday, July 1, 2009

mask & masked

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan kami sepanjang perjalanan ntuk kembali pulang ke tanah air. Syukur teramat dilafazkan buat yang Maha Pengasih kerana masih memberi diri ini peluang menjejakkan kaki ke Malaysia. Apa saja boleh berlaku tak kira dimana kite berada. Pergi membawa misi, harapan di hati menggunung tinggi, moga kelalaian dan kelekaan ketika berada di rumah tidak membantutkan usaha yang berkobar itu. Peluang yang diberi oleh Allah moga tidak dipersiakan, Insyaallah! :)


Keluarga di Malaysia berulang kali memberi nasihat supaya berhati-hati ber’travelling’ nanti, yelahh maklum sajelah dengan wabak swine flu yang semakin menular ke seluruh pelosok dunia woaa..

Memang gundah-gulana hati ibu bapa yang risau akan kesihatan anak-anak mereka terutamanya yang berada di luar negara. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami segerombolan (16 org kesemuanya) memakai ‘mask’ ntuk menapis udara-udara yang masuk ke dalam respiratory tract kami.

transit d-airport Dubai


Air borne disease memang agak sukar untuk dibendung, kerana kite xboleh nak halang orang lain ntuk sedut udara yang kite sedut. Dari alam sekeliling Allah memberi tarbiyyah kepada yang mahu berfikir. Allah mahu kite belajar supaya tidak kikir (kedekut) di situ. :) Betapa Maha Pemurahnya Yang Maha Esa, insyaallah,akan diri ini cuba ntuk mengaplikasikan sifat dan nama-namaMU yang mulia itu dalam kehidupan seharian.

Memang ramai yang memandang pelik ke arah kami lantas berkata with their weird face, ‘Why are they wearing these stuffs (masks)?’ kata seorang penumpang didalam pesawat emirates yang kami naiki itu. Tidak ramai nampaknya yang alert dengan flu fofular nie, sebab bilangan passenger yang menaiki pesawat dengan memakai mask boleh dibilang dengan jari sahaja.

..pelbagai jenis mask yang boleh didapati di pasaran..

Dalam hati kecil nie berkata dengan persoalan curious, ‘Diorang nie xmao amek langkah berjage-jage ke? Tak pakai pown mask,,hmm??’ Allah ade mention dalam Quran:-

"…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikan-NYA kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui." 8:53

Memang benar Qada dan Qadar itu sudah tertulis bagi setiap individu samaada dia akan dijangkiti oleh swine flu atau tidak, namun apa guna pharmacy menjual mask2 di kedai kalau bukan untuk dibeli dan dipakai sebagai LANGKAH BERJAGA-JAGA.


Sudah terang-terangan Allah kata, prevention is better than cure. Jadi mahu tunding jari kearah siapa jika wabak ini menular dengan sangatlah cepat jika kita sendiri tidak mahu mengambil langkah berjaga-jaga. I’m in my conscious state of my mind wanna urge and make a point to ourself to ponder bout this issue and other things which can be related to this.

For a thing to change, WE must change first. Masakan tidak, orang tidak mahu percaya pada kita, jika kita hanya pandai berkata-kata dan menunding jari-jemari ke arah orang lain, tapi when its come to DO something, habuk pown tarak. Jadilah orang yang lebih banyak kerjanya daripada menjadi seorang yang macam tin kosong, bunyi saja lebeyhh..


..ibarat tin kosong..

Pada hari ini kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata kepada kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.
36:65

This is some facts about swine flu :-

Causes of Swine Flu
Swine flu is contagious, and health officials believe it spreads in the same way as the seasonal flu. When people who are infected with swine flu cough or sneeze, they release tiny droplets containing the virus into the air. Anyone who comes in contact with these droplets or touches a surface (such as a doorknob or sink) that an infected person has recently touched can catch H1N1 swine flu.

A person who has swine flu can be contagious from one day before they show symptoms to seven days after they get sick. Children can be contagious for as long as 10 days.

Take everyday actions to stay healthy.

  • Cover your nose and mouth with a tissue when you cough or sneeze. Throw the tissue in the trash after you use it.
  • Wash your hands often with soap and water, especially after you cough or sneeze. Alcohol-based hands cleaners are also effective.
  • Avoid touching your eyes, nose or mouth. Germs spread that way.
  • Stay home if you get sick. CDC recommends that you stay home from work or school and limit contact with others to keep from infecting them.

    Terkadang bukan mahu menyoal mengapa swine flu ini Allah turunkan pada manusia sejagat pada hari ini. Every single thing that occurs, have its own reason for its occuring. Allah mahu kita mengambil teladan dari apa yang berlaku. Memang benar pabila manusia mula mengenepikan agama Islam dan perintah yang telah Allah turunkan dalam al-Quran, maka terjadilah bala yang menimpa ke atas bukan hanya manusia yang bergelumang dosa sahaja, namun merangkumi semua, termasuk bayi-bayi kecil yang baru sahaja lahir ke dunia dan belum sempat mereka melakukan dosa atas dunia ini. Tapi malangnya, akibat nila setitik,rosaklah susu sebelanga. Tak kira siapa, swine flu menyerang semua dan tidak memilih mangsa.

"Katakanlah, “Tidak kudapati didalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, KECUALI daging haiwan yang mati/bangkai, darah yang mengalir,DAGING BABI kerana SEMUA ITU KOTOR atau haiwan yang disembelih bukan atas nama ALLAH.. 6:145

Namun dalam keadaan darurat dan ketandusan makanan yang kritikal, jika tiada haiwan lain selain hanya ‘kerbau pendek’ itu saje yang ade, maka Allah yang Maha Pengasih terhadap hamba-hambanya memberi ‘pass’ hijau bagi kita memakannya, dengan syarat dalam keadaan DARURAT sahaja.Dari sambungan ayat yang sama, Allah kata :-

"…Tetapi barang siapa TERPAKSA bukan kerana menginginkan dan tidak melebihi (batas darurat), maka sungguh, Tuhanmu Maha Pengampun, Maha Penyayang." 6:145


Moga kita semua dijauhkan dari swine flu ini,ambillah iktibar dari setiap yang berlaku di sekeliling kita :) Hargailah kesihatan yang kita perolehi sekarang, sementara belum datang kemudaratan ke atas diri kita pada bila-bila masa xkira dimana kita berada.

No comments:

Post a Comment