Wednesday, July 22, 2009

ziarah&ukhuwah

Assalamualaikum w.b.t,
Hari jumaat (17.07) minggu lalu merupakan permulaan cuti bagi bdak2 matriks jadi seperti kebiasaannye, mak ngan abah akan ambil ecah dari kmns yang terletak kat kuale pilah. Di kesempatan itu, aku ingin mengotakan janji dan memenuhi jemputan seorang sahabat yang belum pernah kutemui secare face-2-face, nak datang jenguk kolej mereka. Memandangkan, kebetulan ade sowunk kawan kat sane, so maybe xdelaa terase asing sangat kalau ziarah diorunk kat sane.


Seremban pekan yang agak asing sedikit bagiku walaupun kampungku terletak di lenggeng,N9, tapi jarang sekali menjejakkan kaki di kota N9 ini. Agak sukar pada mulanya mencari di mana lokasi sebenar kolej mereka, dan dengan bantuan ‘landmark’ yang dikatakan serta signboard yang ‘agak’ membantu, kami pun sampai akhirnya walaupun ade sesat sikit semasa mencari. Menurut kawanku, di kolej mereka akan berlangsung carnival B.I yang disertai penuntut2 dari kolej2 yang lain. Maybe dengan berlangsungnya carnival itu, agak mudah bagi aku untuk melawat ke tempat mereka kowtt, kononye sebagai peserta program. Hehe..

Aku dibawa melawat sekitar academic block mereka, dan pada pendapatku, persekitaran di sana agak kondusif bagi melahirkan pelajar yang inovatif dan bermutu inshaallah J . Kemudian kitorunk mengambil keputusan keluar makan sesame memandangkan kalau jelajah satu kolej,sekejap sangat mase yang diambil,,kott? hehe. Jadi,kitorunk pown decides gi kuar jalan-jalan kat sekitar seremban tu,jalan-jalan cari makan :p Makanan kat restoren tersebut (restorenSANTAP) Alhamdulillah mengenyangkan perut ini dan boleh tahanlaa sedap. Credits to makcik yang buat kuew tiaw kung fu tu hehe..

Tanpa membuang masa, aku pun memulakan projek aku. *tadaaa~ Rakaman video sahabat dimana dalam video ini mereka menyampaikan pendapat bernas masing2 berdasarkan soalan2 yang dikemukakan.Bukannya apa, aku mahu menyimpan memori dalam bentuk visual yang boleh ditonton dan mungkin dipertontokan kepada yang lain untuk dijadikan sebagai iktibar dan kenangan. Aku pun mengutarakan hajat dihati nak rakam video mereka, dan syukur sangat2 diorang nie sporting ;) terima kasih banyak2 atas kerjasama kowunk.



Ini kali pertama aku bersua muka dengan lyn. Sebelum nie kitorunk hanye berkenalan di alam maya jer.. di Friendster,fb,ym..itupun setelah lyn mengadd aku sebagai kawannya. Aku tak tahu kenapa, tapi ada sesuatu yang istimewa membuatkan aku mahu mengenali lyn jeng3x ;) tu laa sebab-musababnye nak lawat kms nie hehe, no hard feeling my another friend ngeh3x,,sambil menyelam minum air kan,tol x? multitasks in a time.. tapi ikhlas aku katakan, aku harap agar persahabatan yang baru terjalin itu kekal sampai ke sudah dan yang paling penting adalah niat kita dalam bersahabat dengan orang itu. Mahu aku nyatakan disini, tiada udang disebalik keuw tiaw, niat aku ikhlas semata-mata ingin merapatkan ukhuwah dan ukhuwah ini adalah kerana allah semata. Kite kawan kan2 lyn hehe? ;)

Mungkin orang lain tersalah persepsi terhadap kami bertiga, memang akan ada di antara mereka yang berada di sana ketika itu tersalah faham akan situasi yang mereka lihat. Maaf aku pohon dari sahabat2ku atas kemungkinan fitnah-fitnah yang mungkin dilontarkan pada kowunk. Afwan ya sahabati! Batas-batas pergaulan perlu sentiasa kita jaga kerana setiap masa ada mata-mata yang memerhati dan yang paling penting Allah sedang memerhatikan kita setiap masa dan perlu ingat bahawa Allah Maha Mengetahui segala isi hati. Syaitan tu xpernah leka nak menyesatkan kita dari jalan kebenaran, jadi jangan beri sedikit pun peluang untuk syaitan bertenggek di hati kita.


Setiap pertemuan pasti disusuli perpisahan, itulah adat kehidupan. Maka pada petang itu, abah ngan mak pown sampai di kolej untuk membawaku pulang. Berakhirlah satu pertemuan pada petang itu dan bermulanya pertemuanku bersama adik selama 2minggu di rumah, Inshaallah. Diharapkan,pertemuaan hari itu membawa seribu erti buat kite smua. May our friendship last forever. Most important thing in maintaining a friendship is our intentions, so kne slalu perbaharui niat kite dalam bersahabat.
Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan.Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.
23:97-98
49:10

No comments:

Post a Comment