Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan
suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. 59:18
Assalamualaikum w.b.t,
Dalam post kali ini xbanyak yang ingin diperkatakan, cuma ingin mengingati diri dan para pembaca agar kita melihat kembali apa yang telah kita perlakukan sebagai persiapan untuk hari yang makin dekat (kiamat), dalam erti kata laennye, jom kite bermuhasabah diri~
Duduk agak2 beberapa minit lepas tue amik mase skit fikir ape yang dah kite sumbangkan ntuk Islam setelah berbelas, berpuluh tahun idop kat atas dunia yang sangat2 laa fana ni..
Ilmu yang didada dah cukup atau belom ntuk menjawab hujah yang diutarakan oleh pemburu kebenaran dalam mencari agama yang sebenar iaitu Islam. Adakah kita sudah benar2 mengenali tuhan, dan nabi kita selama bertahun-tahun menganuti agama yang mulia ini?
Tujuan post kali ini adalah untuk membawa diri dan rakan2 berfikir sejenak, dan mengambil langkah seterusnya iaitu mempersiapkan diri dan menambah pengetahuan tentang ilmu-ilmu agama disamping menjalankan tugas utama iaitu sebagai da’ie, yang mengajak kepada amal ma’ruf dan nahi mungkar.
Selain itu, khasnye bagi bloggers sekalian, mari kite renungkan, sudahkan kita membuat dan melakukan apa yang kita katakan dalam penulisan kita? Jangan hebat hanya dalam berkata-kata, menyuruh orang lain bertaqwa tapi diri sendiri semakin jauh dengan Allah. Memang ya, terasa bagus pabila menasihati orang lain, namun perlu diingat, cerminlah diri terlebih dahulu dan perbaiki mana yang kurang sebelum menasihati orang lain.
Tapi, sekiranya mendapati banyak sangat ketidaksempurnaan dalam diri, itu bukanlah alasan bagi kita untuk mendiamkan diri tidak mahu memberi nasihat pada orang lain. Boleh jadi nasihat yang kita berikan itu menjadi driving force for us to change. Remember that, actions speak louder than words.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. 61:2-3
No comments:
Post a Comment