Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-NYA kepadamu…57:23
Benar kata-kata yang di’qoute’kan itu, yang aku pelajari dalam kelas Ekonomi di semesta yang lalu. Banyak pengorbanan harus dilakukan dalam usaha kita mengecapi sesuatu, begitulah Sunnatullah dan resam kehidupan. Masakan tidak, dahulu kita pernah melalui era kegemilangan Islam, dan terlalu banyak pengorbanan yang mengiringi usaha untuk merealisasikan al-HAQ di muka bumi ini. Berapa banyak nyawa mujahidin yang tergadai dek mempertahankan agama yang suci ini daripada dicemari oleh pemimpin kebatilan.
Tidak terkira derita yang terpaksa ditempuh oleh nabi kita,Muhammad s.a.w, sepanjang kehidupan baginda. Bagindalah qudwah hasanah,contoh teladan yang paling persis dan jitu untuk kita sebagai umatnya ikuti. Tidak wajar bagi mereka yang buntu tidak mahu mengikut baginda, kerana baginda plays multiple roles in his life agar kita tiada alasan untuk diberi. Baginda seorang pemimpin berwibawa, penyayang sebagai ayah, datuk yang sabar dengan kerenah cucu-cucu, sahabat yang setia, suami yang memahami, ibu kepada anak-anak baginda setelah ketiadaan khadija di sisi baginda dan yang paling utama adalah sebagai seorang hamba yang taat pada tuhannya.
Ternyata bahawa kita akan lebih menghargai sesuatu yang telah hilang dari sisi kita dan aku akui bahawa kegemilangan Islam satu masa dahulu amat kurindui walaupun tidak pernah berada dalam jangka masa itu, namun apa yang pasti dan sangat diyakini bahawa bumi dan seluruh alam ini gembira dan harmoni di bawah pimpinan yang Haq iaitu al-islam.
Penghargaan aku terhadap beberapa perkara berubah sedikit sebanyak akibat kehilangan yang dialami, misalnya aku lebih menghargai sebutir beras di Malaysia kerana di Volgograd sukar mendapatkannya dan jika ada memang mahal berbanding pasta dan roti yang merupakan makanan ruji masyarakat euro-asia itu, aku juga sekarang ini lebih menghargai iklim di Malaysia kerana tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas terutama pabila menjelang musim sejuk menggila di Volgograd. Pernah dulu suhu mencecah -25 darjah celcius, namun kehangatan kasih Illahi terhadap hamba-hambanya menyebabkan aku masih bernyawa hingga hari ini.
Betapa aku merindukan kehidupan di rantau pada saat ini kerana aku lebih menghargai apa itu yang dinamakan sebagai solat. Bukan aku ingin mengatakan yang aku meniggalkan solat, namun solatku di bukanlah seawal sepertimana yang aku selalu lakukan ketika di rantauan. Aku akan belajar lebih menghargai jika sesuatu itu sukar dan memerlukan effort yang lebih untuk dikecapi, dan ternyata bangun solat seawal 2 pagi dan berjaga malam sehingga 11.30 malam semata-mata untuk tidak terlepas 2 solat fardhu iaitu Subuh dan Isyak itu lebih kusukai berbanding keselarasan waktu solat di zon-zon khatulistiwa dimana Malaysia turut tersenarai didalamnya.
Dalam sedar dan tidak, hakikatnya berada didalam zon selesa membuatkan kita leka dan lalai untuk menghargai apa yang kita ada. Maka kita perlu bersama-sama melawan arus keselesaan yang menghanyutkan kita.….kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada
kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh tuhanku….12:53
Bila berjauhan dari keluarga tersayang membuatkan diri ini sangat-sangat menghargai saat bersama mereka. Distances do make our hearts grow fonder. Sewaktu di perantauan aku amat merindui apa itu yang dinamakan sebagai kasih sayang ibu dan bapaku. Betapa anak-anak di rantauan kehausan kasih dan sayang lantas kami cuba membina perasaan itu dalam ikatan ukhuwah fillah bersama sahabat dan teman-teman seperjuangan. Bukan ingin mendua atau menganak-tirikan kasih dan sayang itu, tetapi ingin menyebarkan cinta bagi semua orang merasainya dalam kehidupan masing-masing.
Sayang itulah sumber kekuatan, kekuatan yang diberikan melalui kata-kata semangat dari seorang ibu dan ayah kepada anaknya agar terus tabah meneruskan kehidupan di negara orang dan kata-kata nasihat dari sahabat sebagai pembakar semangat juang ketika berjauhan dari keluarga.Semua itu kerana sayang, cuma berbeza pada subjek dan intensiti perasaan itu. Pada asasnya semua lahir dari perasaan yang sama.
Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, BERAT TERASA olehnya penderitaan yang kamu alami, dia sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu….9:128
Sayang itu jualah penawar duka dihati dikala kita dirundum dengan pelbagai masalah. Pertukaran destinasi saban tahun (volgo-m’sia, m’sia-volgo) membuatkan aku mahu lebih menghargai orang-orang disekelilingku pada saat berlalunya detik waktu bersamaku. Betapa aku rindukan saat-saat yang tidak dapat diulang bersama keluarga dan teman-teman. Namun ketahuilah bahawa memori itu Inshaallah sentiasa bersama dalam ingatan selagi hayat dikandung badan.
Terlalu banyak perubahan yang berlaku, dan tidak dinafikan aku juga mungkin telah ataupun sedang berubah. Rugilah sekiranya perubahan itu hanya menjauhkan jarak kita, jika ikatan yang kita bina sejak dari akar umbi hanya berpaksikan Illahi, maka walau bumi berubah sekalipun ukhuwah fillah yang terbina tidak akan goyah walau zaman beredar menjauhi usia.
Sahabat,teman dan keluarga, aku hargai kewujudan kamu semua dalam hidup ini, semoga kita sama-sama menjalin hubungan kasih sayang itu kerana Allah semata-mata, sebab aku khuatiri hubungan yang dibina atas dasar lain luntur sewenang-wenangnya kerana kau,aku dan semuanya telah berubah menyusuri arus kehidupan.
Allah yang menurunkan kitab al-quran dengan membawa kebenaran dan keadilan. Dan tahukah kamu,boleh jadi kiamat itu sudah dekat?! 42:17



huhu..
ReplyDeletealhamdulillah..
=D...
jom sume survive russia..
btw aida, kl uletak satu chat box kat tepi mesti lagi senng org nak tinggalkn msg untuk ko,..
=)..
slamat dok umah..
hihi
haah nak letak jgak,,tp cam xbpe reti laa :p haha..sbb sume chat box tue ade scrolling2 yg xdiperlukan,,ko amek kt mne eyh? chatbox tu?
ReplyDelete