Friday, July 17, 2009

tangisan hati ini

Assalamualaikum w.b.t

Entah mengapa tibe-tibe hati ini rasa ingin menangis
satu tangisan kekecewaan dengan diri sendiri
sedih dan lemah bila memikirkan situasi yang kualami ini
mengapa masih belum ketemu momentum itu?

cemburu melihat mereka,
sahabat2 yang berada x jauh dari volgo.
faktor geografikah yang menyebabkan perbedaan itu?
atau faktor kurangnya bilangan 'bi'ah solehah yang hidup' di volgo?
atau ini alasan aku sahaja untuk menyalahkan semua yang ada di sekelilingku?
namun,mengapa aku tidak mahu menunding jari pada diriku sendiri?
Bukan tak pernah,
bila kutunding, kuterpaku, termenung memikirkan apa langkah seterusnya,
nyalaan kobaran semangatku hanya seketika, tak berpanjangan, tak tahu mengapa?
adakah sebab kurangnya ilmu didada?
mungkin juga..
masa yang cemburu juga mungkin salah satu faktornya..
sampai bila?
mahuku salahkan keadaan?

kekadang kubuntu memikirkan kenapa..
kenapa mereka boleh kecapi momentum dan suntikan semangat yang begitu marak umpama api yang disembur petrol,
menjilat semua sekeliling mereka dengan sekali sambaran,
kesannya amat jelas..
arang yang terhasil ntuk dinyalakan bagi kegunaan generasi seterusnya.
rangkaian da'wah mereka jelas
pelapis yang bersemangat.
kucemburu sangat2..
mengapa tidak sekapal seperti mereka?

ingin kuadukan,,namun pada siapa?
tentu sekali padaNYA,
ya rabb,,kurniakanlah kepada diriku
satu bi'ah yang dapat memberi transformasi drastik buat diriku

jalan ini bukan mudah..
namun kesukaran itu bukanlah erti aku kena berhenti
tetapi meneruskan perjalanan dengan lebih tabah dan semangat
yakin pada pertolonganNYA
jangan bersedih wahai diri,
ingat..Allah sentiasa bersama kita.

No comments:

Post a Comment