
bagaimana bolehku sentuh hatimu?
agar suis hatimu terpetik dan
berfungsi menghidupkan dirimu yang sebenar?
aku bingung..

bingung mahu memilih kunci apakah
yang sepadan dengan hatimu
kekadang kunci pilihanku salah
lantas kaucampak jauh pemegang kunci yang salah itu,aku :

aku tahu,
sentuhanku ke hatimu
perlu melalui berlapis-lapis barrier
aku harap,
satu hari nanti..
aku dapat memilih kunci
yang dapat membuka hatimu
dan memetik suis
merubah dirimu
walaupun perlu melalui
ranjau dan halangan
Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati
mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka dan nasihatilah mereka,
serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka. 4:63
meaningful betul..
ReplyDelete