Thursday, August 6, 2009

Bulan Muhammad s.a.w

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni 6 ogos bersamaan 15 Sya'ban menurut kalendar hijriah. Tiba sekali lagi pada tahun ini dimana pada malam nisfu Sya'ban buku-buku amalan kita diangkat dan dipersembahkan kehadapan Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui. Pernahkah terlintas di benak pemikiran kita, sejauh mana kita telah berbakti pada agama ini (ISLAM) dan sebanyak mana amalan yang telah kita lakukan untuk bermuraqabah dengan Sang Pencipta.?

Sekiranya ada, renungkanlah kembali kualiti ibadat kita kepadaNYA, kaji niat amalan tersebut dilakukan adakah ianya berpaksikan kepada Allah s.w.t semata-mata atau amalan itu dilakukan sekadar memuaskan dan memenuhi harapan manusia lain ke atas kita?
Antara tanda-tanda amalan yang kita lakukan itu diterima Allah adalah amalan itu dilakukan secara istiqamah tanpa jemu walaupun kuantitinya tak banyak.Rasulullah bersabda dalam hadithnya..


“Lakukanlah amalan apa yang termampu oleh kamu kerana
sesungguhnya Allah tak pernah jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu





Sekarang kita telahpun berada dipertengahan bulan Sya'ban, dan amalan-amalan kita pada tahun sebelumnya sudah diangkat dan dipersembahkan kepada Allah untuk dinilai dan dihisab. Namun kita tidak tahu berapa banyak amalan yang dicampak balik kepada kita kerana tidak memenuhi kriteria-kriteria yang telah Allah tetapkan misalnya dari segi keikhlasan beramal, niat, tujuan dan objektif serta consequency daripada amalan-amalan kita. Maka, mari kita sama-sama membuka lembaran baru dalam buku amalan kita untuk tahun-tahun berikutnya agar diterima oleh Allah dan bukanlah sekadar sia-sia dan memenatkan jasad lahiriah sahaja..wallahu a'lam


“Itulah bulan sya’ban di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadhan, ia adalah bulan dimana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku amat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan aku pada masa itu sedang berpuasa.”


Barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya. KepadaNYAlah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh dinaikkan. Faathir:10

Iman itu tidaklah hanya dengan angan-angan dan harapan, akan tetapi ia adalah apa-apa yang mantap dan kukuh didalam hati serta dibenarkan/dibuktikan oleh amalannya. Maka barangsiapa yang berkata-kata dengan kebaikan dan tidak melakukan amalan-amalan soleh, perkataannya akan dilemparkan kembali kepadanya.

“Sesungguhnya Allah turun pada malam dari pertengahan Sya’ban ke langit dunia
dan mengampunkan dosa-dosa manusia lebih daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb

Bani Kalb adalah satu kabilah di Yaman dikhususkan kepada mereka, lantaran tiadalah satu kabilah pun dikalangan orang-orang Arab yang mempunyai kambing-kambing lebih banyak dari kabilah Bani Kalb tersebut.

4 perkara disisi Allah.
Maka sesungguhnya Allah telah memilih dari setiap perkara itu 4, kemudian memilih satu dari yang 4
Dari kalangan malaikat : Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail
Dan Allah telah memilih Jibrail.
Dari kalangan nabi : Muhammad, Ibrahim, Musa, Isa
Dan Allah telah memilih Muhammad.
Dari kalangan sahabat : Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali
Dan Allah telah memilih Abu Bakar.
Dari masjid-masjid di atas muka bumi ini : Masjidil Haram, Masjidil-Aqsa, Masjid madinah al-munawwarah, masjid Thur Sina.
Dan Allah telah memilih masjidil haram
Empat hari dari bilangan hari-hari : Aidil fitri, Aidiladha, hari arafah, hari Asyura.
Dari malam-malam tersebut : malam Lailatul Bara’’ah, lailatul qadar, malam jumaat, malam hari raya.
Dan Allah memilih : Lailatul Qadar.
Empat bulan utama : Rejab, Sya’ban, Ramadhan, Muharam
Dan Allah memilih Sya’ban dan menjadikannya bulan Nabi Muhammad s.a.w. Sebagaimana Rasulullah adalah nabi terafdal maka bulannya juga adalah bulan terafdal.


“Sya’ban adalah bulanku, Rejab adalah bulan Allah, Ramadhan bulan umatku dan
bulan Sya’ban adalah bulan ditukar kejahatan dengan kebaikan dan Ramadhan adalah pembersih dari segala dosa.”

Rahsia Malam pertengahan Sya’ban sebagai Lailatul Bara’ah.
Bara’ah bermaksud kelepasan. Ini kerana pada malam ini terdapat 2 kelepasan. Kelepasan pertama adalah kelepasan orang-orang yang celaka daripada azab ar-rahman. Kelepasan kedua, iaitu kelepasan wali-wali Allah dari dibiarkan oleh Allah.

“Apabila tiba malam pertengahan bulan Sya’ban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang beriman,membiarkan orang-orang kafir, meninggalkan orang-orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka sehingga mereka berdoa memohon keampunan dari Allah”



HARI terbahagi kepada 3 iaitu; semalam, hari ini, esok.
Hari ini adalah amal, hari esok adalah angan-angan dan harapan maka tidaklah diketahui samaada ia akan hidup pada esok hari. Semalam sebagai nasihat dan iktibar.

Begitu juga BULAN yang dibahagikan kepada 3; Rejab, Sya’ban dan Ramadhan. Maka Rejab telah berlalu dan tak akan kembali pada tahun itu. Ramadhan sedang menunggu tetapi tidak tahu samaada ia hidup sehingga bulan itu atau tidak. Sya’ban adalah perantaraan antara dua bulan itu, maka hendaklah merebut peluang itu berlaku taat dalam bulan itu.





yesterday is already a FACT (.) tomorrow is still not sure,unknown,and not clear (?) but we only have today to act and do something (!) dont wait untill tomorrow because u'll regret it later.

p/s:marilah sme2 hargai hari-hari yang berlalu dalam bulan Sya'ban sebagai persediaan kita menghadapi Ramadhan kali ini

No comments:

Post a Comment