Assalamualaikum w.b.t,
KHADEEJA
part I - catch us if you can
filem thrill,macam blakon dalam citer ni!
Pada malam itu,tiba-tiba kami didatangi oleh seorang gadis Russia dalam lingkungan umurku (jika tak salah), yang datang berlari mencari tempat perlindungan seolah-olah seperti arnab yang menyorok dari buruan musang untuk santapan perut yang berkeroncong. Tanpa berlengah masa lagi, kami pun menyorokkan mangsa seperti mana yang dia kehendaki. Seminit dua amat berharga ketika itu, kerna jika tersalah langkah, jejak kami akan dihidu pemangsa yang sedang berlegar-legar di setiap floor mencari anak gadisnya yang dikatakan hilang dari bilik tidurnya.
umpama arnab menyorok di balik rumput
Tempat yang paling ideal dalam saat yang genting seperti itu, tak lain dan tak bukan adalah didalam almari tempat menyimpan pakaian didalam bilikku sebab itu sahaja tempat yang agak luas dan selesa ntuk memuatkan seorang manusia, bukan baju! didalam itu. Untuk menghilangkan sebanyak bukti yang mungkin, aku menyorokkan selipar kepunyaan gadis itu didalam bilik. Kebetulan ketika itu sudah larut malam, kebanyakan ahli floor 2 sudah pun lena tidur nyenyak di kamar masing-masing dan ini merupakan satu bonus buat kami sebab tak ramai saksi yang melihat bagaimana adegan itu berlaku, maka senanglah sikit bagi kami untuk menyembunyikan keadaan itu apabila disoal pemangsa nanti.
knock! knock! knock!
Memang tepat dugaan kami, pemangsa-pemangsa yang memburu anak gadis mereka,
datang dan menerjah floor kami.Macam slot Terjah Melodi,Cuma takde cameraman jer hehe.. Pintu setiap bilik di floor kami diketuk macam nak roboh.Memandangkan ramai ahli floor yang sudah tidur, masing-masing yang terbangun untuk membuka pintu,memberikan jawapan yang negative pada setiap soalan yang dikeutarakan.sebab mereka memang benar-benar tak tahu menahu.
Kemudian, pintu bilikku pula yang menjadi sasaran. Aku pada ketika itu berlakon seolah-olah sudah tidur, lalu membuka lampu bilik berkelakuan seperti tidak ada apa-apa yang terjadi [blurrr] lantas menjawab soalan bertubi-tubi dari pemangsa terbabit. Dalam keadaan separa mamai, aku melihat dua wanita rusia yang dipercayai dalam linkungan akhir-40 an, salah seorang wanita itu merupakan ketua mama (pekerja di asrama yang buat routine cleaning) dan seorang lagi merupakan emak kepada gadis tadi. Disebelah si ibu ada lagi satu figure -ayah si gadis,yang sangat besar dan mukanya merah padam menahan nafsu amarahnya dan pada raut mukanya yang bengis itu, cukup membuatkan semua bulu romaku naik kerana takut, dan terus tak mengantuk pada ketika itu.
Dalam keadaan tersepit antara menyatakan kebenaran lalu melihat satu kecelakaan menimpa gadis yang cuba menyelamatkan akidahnya itu didera oleh ibubapanya ataupun menyembunyikan kejadian itu dan terlibat dalam satu pembohongan dengan alasan memberi ruang waktu bagi kedua-dua pihak memikirkan solusi yang lebih efektif tanpa melibatkan pertumpahan darah atau sesuatu yang lebih buruk yang boleh diakibatkan oleh nafsu amarah yang sedang menggelegak. Sepitan kedua-duanya sudah cukup membuatkan diri ini buntu, namun dengan ilham dari iLLAHi urusan kami berjalan lancar.
Dengan lafaz lillah hi taala, kami menyerahkan semua keputusan pada neraca Allah dan bertawakal dalam semua tindakan yang kami ambil. Keputusan telah dibuat dan kami memilih untuk menyembunyikan kebenaran bagi satu tempoh masa untuk meredakan amarah dan paranoid ibu bapa gadis tersebut. Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang sikit di dada, aku yakin benar ibu bapa gadis tersebut pasti bertindak irrasional terhadap anaknya lagi-lagi setelah mengetahui bahawa agama nenek moyang yang diwarisikan kepada anak gadisnya itu sudah diganti dengan Agama yang benar lagi jitu iaitu Islam.
Aku begitu kagum dan terkesima melihat bagaimana tegarnya gadis seusiaku itu mempertahankan akidahnya dan tetap pada kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH iaitu Tiada tuhan melainkan ALLAH. Kalimah itulah yang menjadi sumber kekuatannya pada ketika itu dalam menghadapi segala kemungkinan dan konsekuensi akibat perbuatannya menyatakan tentang agama baru yang dianutinya kepada kedua ibu bapanya. Kalimah itu jualah yang meyakinkan gadis itu bahawa segala sandaran dan tali pergantungan hanya semata-mata kepadaNYA dalam saat getir seperti itu. Tiada apa yang berlaku melainkan semuanya sudah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Allah pasti memberi pertolongan bagi sesiapa yang menolong agamaNYA, dan agama disisi ALLAH hanyalah Islam.
kalimah ini harus dijiwai dan direalisasikan semua umat islam
Saki baki malam itu tinggal hanya beberapa jam sebelum terbitnya fajar keesokan harinya, cuba kami isi dengan melenakan mata dan jasad yang sudah penat melalui detik yang begitu mencemaskan seperti menonton filem seram, dan kamilah pelakon yang cuba melarikan diri dan kemudiannya terlibat dalam satu konspirasi memperjuangkan al-HAQ : LA ILAHA ILLA ALLAH. Semua insiden dan adegan benar-benar menaikkan paras hormone adrenaline yang bertanggungjawab memberi reaction FIGHT and FLEE pada diri kami. Alhamdulillah berkat pertolongan dariNYA, perkara buruk diluar jangkauan kami tidak berlaku.
ke kelas bersama-sama pada keesokan paginya
(dari kiri:me,yq,khadeeja,thirah,wani,lily)
Semua jasad yang berkumpul dalam bilikku (aku, roomateku, rakan study groupku dan gadis rusia itu) ternyata tidak dapat tidur dengan nyenyak dengan peristiwa yang baru berlaku. Oh ya, kecuali roomateku, dia je dapat tidur yang tak terganggu sebab sebelum kejadian lagi dia sudah memejamkan matanya. Aku yang pada malam itu berjaga bersama classmateku yang kononnya stay up mentelaah pelajaran untuk kelas esok pagi. Namun, Alhamdulillah kerana Allah memilih aku dan rakan untuk merasai sendiri seperti pengalaman yang tak terkata itu walaupun jasad sangat letih untuk hari itu. Macam berlakon dalam citer thrill! tak sabar rasanya untuk menanti apa nasib kami pada hari-hari berikutnya terutamanya ESOK. Apa akan jadi pada kami? Walaubagaimanapun,hidup perlu diteruskan…to be continue.




No comments:
Post a Comment