Tuesday, August 4, 2009

padah akibat mulut


jangan berbisik-bisik dihadapan saudaramu, kerana ia akan menyebabkan hati saudaramu terluka dan sakit akibat perbuatanmu itu.

assalamualaikum w.b.t,
harini tetibe rase cam terpanggil nak post sesuatu. Fenomena nie acap kali berlaku dalam kehidupan kite, bahkan kite perlu risau dan berwaspada, kerna takut-takut dosa besar ini sudah sebati dan terimune dengan diri kite nie. pelaku dosa besar disini adalah lidah dan mulut si pembicara.


Macam mana mulut dan lidah bekerjasama melakukan dosa besar ni? senang jer..jawapannye dengan mengumpat,mencaci,memfitnah,mengadu domba,banyak berbicara benda-benda mengarut dan tidak berfaedah. Mulut jika disalah guna memang buruk padahnya.. Allah kurniakan nikmat berbicara pada kita dengan tujuan kita dapat menyampaikan risalah-risalah kebenaran kepada umat manusia. Kita juga dianjurkan agar sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah daripada beromong kosong.


Kata-kata yang elok lahir dari hati yang bersih oleh si pembicara. Jadi, bersihkanlah hati kita dari perasaan hasad dengki, takbur, u'jub dan sebarang sifat-sifat mazmumah lain bagi mengawasi mulut dari melafazkan sesuatu yang boleh mengheret kita kepada dosa-dosa besar. Wajarlah kita mengambil peringatan dari al-Quran tentang ancaman Allah terhadap perkara yang disebabkan oleh mulut dan lidah kita. Sesungguhnya azab Allah itu pedih dan keras.






kerana mulut, badan binasa..berhati-hatilah dalam mengatur bicara.think before talk!




mengumpat ibarat kita memakan daging saudara kita sendiri, sanggupkah kita??



Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
49:12






diamlah kamu daripada berkata-kata sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan orang lain baek secara terang-terangan ataupun secara sembunyi.


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

2 comments: