Saturday, August 22, 2009

tragedi 1 ramadhan

Assalamualaikum w.b.t,
Semalam bersamaan 1 ramadhan, jarang-jarang sekali kami dapat mengumpulkan kesemua ahli keluarga(5). Memandangkan ecah yang sudah masuk ke matrix, dan aku pula pulang ke Malaysia setahun sekali je..tu pown dalam tempoh beberapa minggu yang bagiku sentiasa xcukup,ish.maklumlaa,manusia ni kan memang slalu x bersyukur. Tapi Alhamdulillah, at least ade jgak laa cuti yang pihak univ. bagi.Jadi pada hari jumaat tu, mak ngan abah amik cuti half day semata-mata nak ambil adikku di kuala pilah ntuk pulang bermalam 2 hari di rumah. Dengan itu kitorunk dapatla merasai ramadhan sekeluarga bersama.

Malam jumaat tu dah start tarawih, suasana bertarawih disini ternyata berbeza dan lebih seronokof course! Keesokan harinya abah memang dah plan nak bawak kitorunk sekeluarga pulang ke kampong batu laut, berbuka bersama dengan nenek. Sesampainye kami kat kanchong darat, kitorunk stop laa kejap singgah ke bazaar ramadhan, jalan-jalan cari juadah berbuka puasa. Alang-alang dah berada kat batu laut, jadi mak pown amik kesempatan ni nak beli ikan dan kerang-kerangan fresh dari laut huhu..Tempat feymes yang slalu laa jgak disinggahi ramai orang ntuk membeli ikan dan hidupan laut lain adalah di kg. endah, yang terletak tak jauh dari batu laut, kampungku.

Perjalanan mule-mule smooth je tanpa masalah, tapi nak buat macam mane, kite bukan peramal atau tok nujum tambahan malang kan x berbau, kalau dah dapat bau sure lari jauh-jauh dari malang tue. Kejadian yang tak terduga tu berlaku sejurus kami habis membeli ikan-ikangan. Masa tu, kami nak keluar dari satu simpang nak menuju ke jalan besar. Kemudian satu kereta wira aeroback meluru sepantas sambaran kilat dari arah bertentangan melanggar kereta kami. Pemandu tersebut mahu mengelakkan kereta kami, tapi oleh kerana dia memandu terlalu laju, kereta yang dibawanya terbabas ke seberang jalan lalu melanggar pipe-line milik syarikat PUAS. Kalaulah abah bergerak beberapa inci lagi kedepan, pasti punah-ranah kereta kami atau lebih malang lagi, mungkin aku sudah tiada disini. Nasib baik hanya muncung kereta abah kuar sikitt je dan hanya cedera di bahagian bumper depan; nombor flat tercabut dan berlobang sedikit.

Mungkin belum tiba masanya bagi kami semua yang terlibat dalam kemalangan itu untuk ke rahmatullah, ini satu pertolongan dari Allah, dan mungkin Allah ingin memberi kami satu petanda agar mengambil ibrah (pengajaran) dari apa yang terjadi. Mungkin juga kerana banyak lagi urusan yang belum selesai bagi semua yang terlibat, bagi diri ini, aku mengambilnya sebagai satu petanda yang aku perlu melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh sejurus ketibaan aku di Volgo, tugas yang penting bagi memastikan nadi dakwah itu terus berdenyut lagi dan amanah dipikul menjadi doctor yang berjaya,inshaallah.. Allah masih memberi kesempatan bagi tubuh-tubuh yang hina-dina ini untuk bertaubat dan memperbaiki diri kami agar menjadi insan yang lebih bertaqwa dan a’bid (taat) kepadaNYA; mudah-mudahan, amin!

Kereta pemandu terbabit remuk teruk di bahagian depan dan bumper kereta tersebut terpelanting ke dalam parit berhampiran. Nasib baik ada batang paip yang kukuh menghadang kereta terbabit masuk ke dalam parit. Beberapa saat selepas kami dilanggar, abah parking berhampiran kawasan nahas itu tadi. Aku, along dan abah dengan pantasnya keluar dari kereta dan pergi ke kereta yang terbabas itu, sementara mak ngan each masih terkesima dan terkedu dengan kejadian yang berlaku sekelip mata itu. Aku mahu memastikan tiada nyawa yang terkorban (konon2 mahu memberi first aid jika ada kecederaan kecil, mengaplikasikan ilmu kedoktoran yang x seberapa dalam diri ini hee.) kerana itu perkara pertama yang terlintas dalam fikiran setelah melihat tempat pemandu remuk dan kemik. Jika ada nyawa yang melayang dalam kejadian itu, pasti kami sekeluarga trauma memandu dan menaiki kereta.
Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, memang sume dah dirancang dan mungkin berkat bulan ramadhan, lelaki itu terselamat. Pemandu berkenaan dalam lingkungan umur 20-an. Menurut saksi-saksi kejadian (makcik-pakcik yang jual kuih-muih kat gerai berhampiran), pemandu terbabit memandu dengan sangat laju. Tambahan, kawasan itu adalah kawasan selekoh berbahaya dan agak berbukit tersebut dan dah diletakkan dah papan tanda 70 km/hr. Abah kate, kesan brek di jalan tu takkan terkesan melainkan pemandu membawa kereta melebihi 120 km/hr.

Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami ketika itu. Bagai nak terbang jantung ini dari jasad dan menggeletar kepala lutut ini tak mampu nak berdiri. Pertama kali dalam hidup ini terlibat dalam kecelakaan yang agak serius bagi pendapatku. Betapa syukurnya ke hadrat illahi semua nyawa terselamat dan lelaki itu tiada sebarang kecederaan serius.

Kami terpaksa tunggu beberapa jam untuk menanti truck mengangkut kereta itu. Bahang petang itu sangat terasa dan menghauskan tekak-tekak yang berpuasa. Alhamdulillah, puasa kami pada hari pertama ramadhan dapat disempurnakan di rumah nenek. Masih diberi peluang untuk merasai ramadhan kali ini-syukur sangat2.

Malam itu di masjid berhampiran rumah nenek, kami sempat menunaikan sunat tarawih 8 rakaat. Selepas selesai urusan bersama illahi, ada satu urusan dunia yang belum selesai pada malam itu; melaporkan kejadian kemalangan yang berlaku petang tadi. Lama jugak rupa-rupanya nak selesaikan insiden tadi. Abah perlu menceritakan apa yang terjadi dan beberapa bahan bukti perlu diteliti oleh polis penyiasat bahagian trafik untuk menentukan siapa yang bersalah agar mudah nanti nak claim insurans bagi memperbaiki kereta.

Tepat jam 12 setengah malam, semua urusan di balai dah selesai, dan malam itu kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Semuanya keletihan sejurus sampai dan tanpa banyak bicara lagi, jasad pun sudah mengiang-ngiang menuntut haknya untuk berehat. Perjalanan hidup masih jauh, dan semuanya perlu diteruskan, Cuma diharap dari apa yang berlaku, benar-benar memberi teladan kepada kami. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meneruskan hidup di dunia yang fana’ ini. Ajal dan maut memang tak kenal usia, siapa, dimana dan bila. Maka, sewajarnya kita bersedia selalu dengan bekalan amalan untuk menyahut panggilan kubur yang tak tahu bila itu.




tempat dimana kejadian berlaku.*kereta dalam bulatan tiada kaitan dalam kemalangan ,itulah tempat kereta kami dilanggar sebelum kereta yang melanggar terbabas.


beberapa kecederaan kecil tapi besar gak kos kalau nak baik pulih satu bumper tue.huhu.

kereta yang hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju, terbabas di seberang jalan, melanggar batang paip.

bumper depan kereta yang terbabas itu tercampak ke dalam parit berhampiran

beginilah keadaannye, yang pakai baju itam tue pemandu kereta ni.(seb bek idop)

melaporkan kejadian di balai polis

mak ngan ecah on da way nak masuk ke dalam pejabat cawangan trafik kuala langat.

Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertakwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman). 71:4

p/s: aida is having a post-traumatic day

7 comments:

  1. fuh.. naseb baik takde pape...
    memang pengalaman yang bermakna niee.
    btw, adik sis eyeda hari tu name die ecah ehh.. oo. btw, ape mkne futur eh?

    ReplyDelete
  2. haah tu laa,,alhamdulillah xde pe2..
    kecut prut lps insiden tu huhu..
    *ni yg kne pk byk kali,nak mek lesen ke x :p hehe
    ecah tu nme pggln kt umh,nme btul die aisyah :)
    futur tue,if x silap laa kan,,perasaan tyme kite tgh down,iman tgh graf mnurun camtu ar

    ReplyDelete
  3. oh..okay2 terima kasih.. hehe
    erm.. saye pon takde lesen lagi.
    takpe2 amik lesen tapi berhati2 sentiasa. hehe

    ReplyDelete
  4. besar dugaan kamu..
    semoga kamu sentiase lebih kuat orh..
    =)..
    insyaallah..
    pengalaman2 yg x dpt kite belaja kat skola..
    =D,,
    gluck ko da..
    hihi..
    btwy esok aku amik pekse JPJ..
    tgh stay up study la nih..,cewah..
    haha..
    x la..
    hihi...
    till then..
    see ya..
    salam

    ReplyDelete
  5. kur: slm,mekasih laa kur,
    hidup mmg pnuh ngan dugaan..
    the important thing is,how we handle those dugaan yg keep coming into our ways..
    hadapilah dgn sabar,tenang dan tabah i.allah..(pringatn ntuk dri sendri terutamanye..)
    n dgr citer dah lulus jpj,tahniah ye! n slmt balik ke bumi bekas komunis hehe..(ckp cam aku xyah blk je) :p

    lyn: yup2 berhati-hati,pandu cermat jiwe slamat!

    ReplyDelete
  6. salam aida..
    alhamdulillah, seb baik nyawa masih selamat.
    moga sabar dengan ujian Allah.
    pasti tarbiyah Allah itu adalah yang terbaik/

    ReplyDelete
  7. slm atam..
    haah,byk hikmah sebalik kejadian,
    moga jadi iktibar buat dri yg slalu lupe ni.. :S

    ReplyDelete